Carta Fungsi

/Carta Fungsi
Carta Fungsi 2019-02-27T21:11:57+00:00

Pentadbiran dan Kewangan   

  1. Merancang dan mengurus penempatan pelajar di kolej kediaman.
  2. Merancang dan mengurus penempatan kakitangan pentdbiran dan sokongan di kolej kediaman.
  3. Merancang dan melaksanakan latihan pembangunan kakitangan kolej kediaman.
  4. Memantau kualiti perkhidmatan yang disediakan untuk pelajar di kolej kediaman.
  5. Merancang keperluan belanjawan untuk penjawatan, emolumen, belanja mengurus, program, latihan, pembangunan, penyelenggaraan, pengubahsuaian, kemudahan dan aktiviti penambahbaikan.
  6. Membentuk Pelan Strategik Pembangunan Fizikal dan Kemudahan Kolej-kolej Kediaman setiap lima tahun.
  7. Melaksanakan dasar dan hala tuju pembangunan kemudahan  kolej kediaman secara beterusan.
  8. Keurusetiaan jawatankuasa kolej-kolej kediaman.
  9. Keahlian Majlis Perumamahan Universiti-universiti Malaysia.

Pengurusan Aktiviti Dan Pangkalan Data

  1. Merancang dan melaksanakan program/aktiviti Pusat Perumahan Pelajar
  2. Memantau, mengumpul dan mengurus rekod-rekod aktiviti/program PTJ/pelajar kolej kediaman/luar kampus.
  3. Merancang keperluan belanjawan bagi menyokong aktiviti Pusat Perumahan Pelajar, Kolej Kediaman dan pelajar luar kampus.
  4. Mengurus dan menyelaras semua sistem yang digunapakai Pusat Perumahan Pelajar.
  5. Mengurus dan menyelaras sistem maklumat pelajar kolej kediaman dan pelajar luar kampus.
  6. Merancang keperluan sistem berkaitan Pusat Perumahan Pelajar.
  7. Mengurus, menyelaras dan mengemaskini laman web Pusat Perumahan Pelajar

Perkhidmatan Dan Penyelenggaraan

  1. Membentuk dan merancang pelan penjanaan PTJ setiap lima tahun.
  2. Mengurus dan menyelaras penjanaan PTJ yang melibatkan tempahan, kewangan dan rekod-rekod berkaitan.
  3. Merancang dan memastikan kolej-kolej kediaman mempunyai tahap kemudahan yang berkualiti dan kontemporari.
  4. Merancang kerja-kerja naik tarafkemudahan kolej kediaman.
  5. Memantau dan menyelaras pematuhan akta/peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.
  6. Merancang keperluan belanjawan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan PTJ.
  7. Mengurus dan menyelaras berkaitan penilaian/analisis maklumbalas pelanggan secara berkala. (bulanan/tahunan)

Pengurusan Kolej Kediaman

  1. Memastikan penyediaan penginapan bersesuaian, selesa dan kondusif kepada pelajar tinggal di kolej kediaman tempatan/antarabangsa juga pelajar (OKU).
  2. Mengurusan hal ehwal kebajikan pelajar yang tinggal di kolej kediaman.
  3. Menyediakan kemudahan/perkhidmatan tambahan bagi menyokong keperluan penginapan pelajar di kolej kediaman seperti penyelenggaraan, pencucian bangunan, penyediaan stor dan lain-lain keperluan berkaitan.
  4. Mengurus dan memastikan keselamatan harta Universiti berada dalam keadaan yang baik.
  5. Menyelaras proses pemilihan pelajar untuk diberi penginapan peringkat kolej kediaman.
  6. Memastikan pematuhan peraturan dan arahan Universiti dipatuhi dan dilaksanakan seperti ditetapkan.

Pengurusan Pelajar Luar Kampus

  1. Mengurusan hal ehwal kebajikan pelajar yang tinggal di luar kampus.
  2. Membantu pelajar yang tinggal di luar kampus mencari penginapan yang sesuai.
  3. Memastikan perancangan aspek pembangunan sahsiah dan insaniah pelajar luar kampus.
  4. Memberi bantuan awal kepada pelajar yang tinggal di luar kampus semasa kecemasan.
  5. Menyediakan kemudahan transit yang bersesuaian di dalam kampus kepada pelajar yang tinggal di luar kampus.