Jelajah Sukarelawan KK1 Di Mukim Terachi, Kuala Pilah

//Jelajah Sukarelawan KK1 Di Mukim Terachi, Kuala Pilah

Kuala Pilah, 24 Oktober 2018 – Program Jelajah kesukarelawan Kuala Pilah di bawah anjuran Jawatankuasa Siswa/I (JAKSA) Kolej Kediaman 1 (KK1) yang bertempat di Kampung Padang Lebar, Mukim Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus . Program khidmat komuniti ini bertujuan menjalinkan silaturahim dan hubungan yang baik antara mahasiswa/I USIM dengan masyarakat. Selain itu juga, tujuan program ini mampu melahirkan pelajar serba boleh serta memberi bantuan kepada masyarakat apabila sudah berada di alam pekerjaan kelak.

Program ini turut dihadiri oleh JAKSA KK1, Pengetua, Felo penghuni dan staf pengurusan KK1. Program ini juga telah berkolaborasi bersama pelatih kaunselor USIM dan beberapa orang pelajar seni khat yang membantu perjalanan program jelajah pada hari tersebut. Program ini dirasmikan oleh Encik Haji Jamali Salam selaku Penyelaras Dewan Undang Negeri (DUN) Seri Menanti. Program ini mendapat kerjasama dengan Majlis Pengurusi Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang Lebar dengan penglibatan Pengerusi MPKK iaitu Encik Mohd Zain

Pada hari berlangsungnya program jelajah ini, pihak JAKSA disambut baik oleh penduduk kampung di sana dengan permulaan acara iaitu penyampaian sumbangan barangan keperluan asas kepada penduduk kampung yang disumbangkan oleh Umama Café KK1. Peserta program juga turut mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar balai raya, mengecat tiang kanopi balai raya, melukis khat dan mural pada dinding balai raya dan menghias serta menyediakan mini perpustakaan di ruangan balai raya kampung tersebut.

Sesi motivasi diteruskan lagi setelah penduduk kampung dan sukarelawan telah selesai menunaikan solat zohor berjemaah dan makan tengah hari. Sesi motivasi itu telah dikendalikan oleh pelatih-pelatih kaunselor yang terdiri daripada pelajar pra-praktikal kaunseling,USIM. Aktiviti kaunseling ini melibatkan kanak-kanak dan remaja kampung Padang Lebar. Sambutan yang sangat menggalakkan telah diberikan oleh mereka semua.

Majlis penutup diadakan dengan penyampaian dan pertukaran cenderamata antara pihak USIM dengan Pengerusi MPKK Kampung Padang Lebar, Terachi, Kuala Pilah. Semoga jalinan yang erat ini dapat dijaga dan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

2019-02-28T14:50:43+00:00