Pusat Perumahan Pelajar

SEJARAH PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DAN KOLEJ KEDIAMAN

 

Pada tahun 2000, asrama KUIM yang pertama dibuka adalah di bangunan Institut Profesional Baitulmal, Jalan Perkasa, Off Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Asrama KUIM ketika itu, mampu menampung seramai 255 orang pelajar pengambilan pertama. Ketika itu Pengetua pertama yng diberi tanggungjwab penuh menjaga kebajikan para pelajar adalah Encik Muhammad Haizuan Rozali dengan dibantu oleh 2 orang Felo Penghuni iaitu Encik Mohd Asri Husain dan Cik Wan Fariza Wan Zakaria. Bagi membantu proses pentadbiran asrama pula dikendalikan Cik Azlin Mahmud dilantik sebagai Penolong Pengurus Asrama KUIM yang pertama.

 

Seiring dengan peredaran masa, sesi baru KUIM bermula pada sesi 2001/2002, pertambahan pelajar juga meningkat dan mendorong KUIM menutup asrama di Jalan Perkasa, Off Jalan Kampung Pandan, IPB dan membuka 2 lagi asrama di Cheras Baru iaitu Riviera II (asrama penginapan siswa dan siswi) dan III (asrama siswi sahaja). Encik Mohd Radhi Ibrahim telah dilantik sebagai Pengetua Riviera III dan Encik Ahmad Kamel  Mohamed dilantik sebagai Pengetua Riviera II. Asrama Sri Penara yang terletak di Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak pula telah dibuka pada tahun 2003 dan Encik Mohd Zohdi Mohd Amin dilantik menjadi Pengetua asrama tersebut. Asrama ke 4 Bangi dibuka pada pertengahan tahun 2004bagi penempatan pelajar Fakulti Sains & Teknologi dan merupakan asrama pertama yang terletak di luar Kuala Lumpur. Pada bulan Jun 2005, kapasiti asrama adalah seperti berikut: Riviera II 565 orang,  Riviera III 531 orang, Sri Penara 78 orang dan Asrama ke IV Bangi seramai 43 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kapasiti di asrama-asrama sebelum perpindahan ke kampus tetap adalah seramai 1217 orang.

 

Pada awal tahun 2005, arahan perpindahan ke kampus tetap Bandar Baru Nilai telah dikeluarkan oleh pihak KUIM. Asrama-asrama di Kuala Lumpur dan Bangi diarahkan untuk ditutup kecuali Asrama Riviera 3 yang masih dibuka bagi menempatkan pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Beberapa lokasi asrama di sekitar Bandar Baru Nilai telah dicari dan selaras dengan perpindahan ini istilah asrama tidak lagi diguna pakai dan digantikan dengan nama Kolej Kediaman. Asrama pertama yang dibuka dikampus Nilai adalah Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) di Bandar Baru Nilai dan diikuti dengan Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) dan Kolej Kediaman Camellia Court (KKCC) di Nilai 3. Kini USIM di kampus Nilai beroperasi dengan lima Kolej Kediaman iaitu Kolej Kediaman Sutera Indah (2005), Kolej Kediaman Nilam Court,  Kolej Kediaman Camelia Court (2006), Kolej Kediaman Desa Jati (2008), Kolej Kediaman Cempaka Court (2008; dan telah ditutup berikutan kawasan kejiranan yang tidak sesuai ) dan yang terkini Kolej Kediaman Acacia Avenue (2008).

 

Semua kolej kediaman dikendalikan di bawah pengurusan Unit Pengurusan Kolej-kolej kediaman (UPKK) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan dibantu oleh seorang Penolong Pengurus Asrama dan seorang Pembantu Tadbir. UPKK mengembangkan sayapnya dan telah diubah pula kepada nama Unit Perkhidmatan Dan Penginapan Pelajar (U3P) dan telah diterajui oleh Tuan Haji Mazlan Nawang. Pada 1 Mac 2010, unit ini telah diubah nama kepada Unit Pengurusan Fasiliti dan Perkhidmatan  (UPFP) dan masih memegang fungsi sama seperti UPKK dan U3P selain ditambah baik dari segi perkhidmatannya sahaja.

 

SEJARAH KK1

LATAR BELAKANG

Kolej Kediaman 1 USIM merupakan kolej kediaman yang pertama di bina di dalam kampus USIM. Bangunan Kolej ini telah siap sepenuhnya pada Bulan September 2010. Manakala penyerahan bangunan oleh kontraktor telah di buat pada bulan Oktober 2010. Oleh itu gerak kerja kemasukan aset dan perabot telah hampir sempurna di lengkapkan pada bulan November 2010.

Pada 1 November 2010 seramai 3 orang kakitangan telah di tempatkan untuk mentadbir di Kolej Kediaman 1. 3 orang kakitangan tersebut terdiri daripada Pengetua, Penolong Pengurus Asrama Kanan dan Penyelia Asrama.

BANGUNAN

Kolej Kediaman 1, USIM dilengkapi dengan sebuah Pondok Pengawal untuk menjaga keselamatan bangunan, aset dan penghuni di dalamnya. Sebuah bangunan dibina bagi menempatkan Pejabat Pentadbiran, Kafetaria, Koperasi dan Bilik-bilik kemudahan. Sebuah Surau juga dibina bagi menjalani aktiviti ibadah. Sebuah Rumah Kediaman tersergam indah untuk Pengetua juga dibina untuk kemudahan Pengetua.

5 buah Blok di bina untuk muatan seramai 1980 orang pelajar. Setiap blok terdapat 99 buah Bilik yang boleh menampung 396 pelajar (1 Bilik = 4 orang pelajar). Di setiap Blok tersebut disediakan Bilik OKU, Bilik Rehat, Bilik Tetamu dan Bilik Felo Penguni.

PENGINAPAN

Pada 24 hingga 28 November 2010 Kolej Kediaman 1 telah menerima Penginapan daripada Syarikat UMW program Pesta Sukan dan hampir menggunakan kesemua Bilik. Manakala pada 11 hingga 24 Disember 2010 Kolej Kediaman 1 juga menerima penginapan daripada Program Permata Insan.

Pada 30 Disember 2010, seramai 1357 orang pelajar telah mula mendaftar untuk semester 2 Sesi 201/2011. 1 Blok telah disediakan untuk pelajar siswa manakala 4 blok untuk pelajar siswi.

 

BIL

KOLEJ

RUMAH

STATUS HAK MILIK

1

KOLEJ KEDIAMAN 1

5 BLOK (BLOK A,B,C,D,E)

500 UNIT (1 BLOK = 99 BILIK PELAJAR, 1 BILIK OKU)

1 BILIK = 4 ORANG

BENTUK DORM

 

USIM

2

KOLEJ KEDIAMAN ACACIA AVENUE / DESA JATI

3 BLOK (BLOK A,B,C)

128 UNIT (KKAA – 107 UNIT PELAJAR

21 UNIT KEMUDAHAN)

1 RUMAH = 5@6 ORANG

 

BENTUK APARTMEN

USIM

KKDJ – 2 BLOK (BLOK A,B)

143 UNIT

BENTUK APARTMEN

 

SEWA

3

KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH

3 BLOK (BLOK A,B,C)

160 UNIT (145 UNIT PELAJAR

15 UNIT) KEMUDAHAN

1 BILIK = 8 ORANG

 

BENTUK APARTMEN

USIM

4

KOLEJ KEDIAMAN NILAM COURT

7 BLOK (BLOK A,B,C,D,E,F,G)

280 UNIT ( 247 UNIT PELAJAR , 33 UNIT KEMUDAHAN)

 

BENTUK APARTMEN

SEWA

5

KOLEJ KEDIAMAN PANDAN

GLENVIEW VILLA = 42 UNIT

PANDAN MEWAH = 5 UNIT

SRI PANDAN = 7 UNIT

PANDAN COURT = 24 UNIT

TEMERLOH = 10 UNIT

TAMPIN = 5 UNIT

BENTUK KONDOMINIUM/APARTMEN

SEWA

6

PEJABAT PENGURUSAN PELAJAR LUAR KAMPUS

 

SEWA

 

 

 

 

 

Pusat Perumahan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6114/6113, Faks: +606-798 6171, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.