Malam Jalinan Mesra sempena MAPUM ke 70 di USIM Kampus Nilai

Malam Jalinan Kasih sempena MAPUM ke 70 Bil 1/2018

Bandar Baru Nilai, 21 Februari 2018-Seramai 33 orang ahli MAPUM telah diraikan dengan penuh kemesraan dalam Malam Jalinan Kasih anjuran Pusat Perumahan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (PPP, USIM) di sini. Majlis makan malam tersebut diadakan khas bersempena mengalukan kedatangan ahli MAPUM rentetan bermesyuarat di USIM. Mesyuarat yang bakal berlangsung ini akan dilaksanakan selama dua (2) hari satu (1) malam dan mempunyai slot seperti pembentangan dan percambahan idea yang melibatkan semua ahli MAPUM.

 

Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) telah melantik Universiti Sains Islam Malaysia sebagai sekretariat bagi penjanjuran Mesyuarat MAPUM. Bil 1/2018 iaitu  bagi kali yang ke-70. Mesyuarat ini dijalankan secara bergilir-gilir antara Universiti Awam Malaysia 4 kali setahun..

 

Antara agendanya ialah  menyediakan perancangan dan perkongsian idea yang akan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan perumahan pelajar di semua IPTA pada masa akan datang. Mesyuarat berkenaan diadakan di Dewan Senat, USIM.

 

Timbalan Naib Canselor (HEPA) , YBhg. Professor Dato’ Dr.Hassan Basri bin Awang Mat Dahan berkata pihak USIM amat bertuah menyambut kedatangan,YBrs. Professor Dr. Ismail Ali ,Timbalan Naib Canselor (HEPA) Universiti Malaysia Sabah yang juga merangkap sebagai Pengerusi MAPUM penggal baru. Amatlah diharapkan kejayaan mesyuarat MAPUM Bil 1/2018. yang diadakan di USIM Kampus Barakah mendapat hasil serta bermanafaat seperti yang disepakati demi menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat.

Spread Our Loves Grasp My Hands 1.0

BANTING- 7 Disember 2017- Biro Kesenian dan Kebudayaan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/I (JAKSA) Kolej Kediaman 1 telah menganjurkan Program Haura’s Day bertemakan “The Power of Ladies” . Majlis yang berlangsung selama dua hari tersebut bertempat  di Kolej Kediaman 1. Program Haura’s Day ini merupakan program yang julung kali diadakan yang melibatkan semua penghuni  Kolej Kediaman 1 . Terdapat perbagai aktiviti sepanjang program Haura’s Day ini berlangsung antaranya  ialah forum yang bertajuk “Zainab Al-Ghazali the Power of Ladies”. Forum ini telah disampaikan oleh dua orang panel iaitu Saudari Wan Nur Izzati binti Wan Rosli,Timbalan Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Saudari Nur Aina binti Mohd Kamil , Timbalan 2 Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM ) serta tugas moderator dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudari Nor Azlin binti Tumin Pengerusi JAKSA KK1. Selain itu, beberapa aktiviti telah dipertandingkan seperti gubahan telekung , inovasi bahan kitar semula. Tilawah Al Quran , busana Muslimah dan Nasyid. Semua aktiviti yang dipertandingkan dinilai oleh beberapa juri jemputan dan keputusan adalah muktamad. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga menerima hadiah semasa majlis penutup. Hadiah yang disediakan kepada para pemenang berupa wang tunai dan telah disampaikan oleh perasmi majlis penutup ,Cik Norsakinatul Laila binti Mohd Jasni iaitu Felo Kolej Kediaman 1,USIM. Pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

 

 

 

LAWATAN PENANDA ARAS UMS DAN UPSI KE USIM

 

NILAI- Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankkuasa Siswa/i Asrama (JAKSA) Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC) telah mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 18 November 2016 yang lalu. Lawatan berbentuk ilmiah ini bertujuan untuk mengadakan beberapa siri perjumpaan bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia disamping menjadikan wadah untuk bersama-sama bertukar pendapat antara satu sama lain perihal Universiti masing-masing.

Program selama sehari ini, telah di isi dengan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman serta forum akademik yang bertajuk Mahasiswa 4K: Apakah solusinya?. Para delegasi daripada USIM juga didedahkan dengan latar belakang mengenai Universiti Utara Malaysia (UUM) secara umum selain mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan pengurusan Universiti Utara Malaysia. Setelah itu, delegasi dibawa untuk menelusuri slot “ Discover UUM” dimana, mereka dibawa melawat di sekitar kampus UUM yang serba indah dan mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Program yang tamat pada sebelah petangnya, di tutup dengan upacara bertukar cenderahati dan sesi bergambar sebagai kenang –kenangan.

 

 

 

 

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR ANJURKAN KEJOHANAN BOLING ANTARA STAF

 

 

 

 

 

 

 

 

Bandar Baru Nilai,20 Oktober 2017- Kompleks Sukan Airport, Nilai menyaksikan perlawanan persahabatan iaitu Kejohanan Boling Staf Pusat Perumahan Pelajar kali ketujuh berlangsung dengan jayanya. Menampilkan tujuh pasukan yang terdiri pelbagai bidang tugas serta dari lima kolej Kediaman dan kakitangan Pejabat Pusat Perumahan Pelajar berentap dengan penuh sengit bagi memenangi piala pusingan Kejohanan Boling Pusat Perumahan Pelajar.

Acara ini telah dimulakan pada tahun 2010 dan dijadikan acara wajib tahunan di Pusat Perumahan Pelajar ia juga bertujuan mengeratkan hubungan sesama kakitangan yang bernaung di tempat tersebut. Dalam kesibukan waktu dan bebanan kerja menguruskan penginapan pelajar di USIM saban masa , Mohd.Khairi Md Azali selaku urusetia tetap penganjuran kejohanan ini saban tahun sempat mencuri waktu di hujung minggu bagi mengumpulkan tujuh pasukan beserta keluarga mereka untuk turun ke Kompleks Sukan Airport, Nilai disini bagi menjayakan kejohanan boling ini. Mereka bukan sahaja memerah keringat untuk bersaing sesama mereka peserta tetapi juga dapat bertanya khabar dan berkenal-kenalan dengan ahli keluarga peserta yang lain.

Pihak urusetia memastikan semua peserta dibekalkan kemeja T kejohanan serta hadiah cenderamata setiap seorang ,tidak lupa juga makan dan minuman di sepanjang perlawanan berlangsung.

Kejohanan ini telah dijuarai oleh Team Nilam yang terdiri daripada Muhammad Hafeez Khuzair, Mohd.Afdal Betavi Hendri , Siti Norain Abd Malik dan Muhammad Rejab baharom. Tempat Kedua telah dimenangi oleh Team Pusat Perumahan Pelajar dan Team KKP telah memenangi tempat ketiga, syabas diucapkan.

 

 

 

KURSUS KEPIMPINAN JAKSA DAN OCSS 2017/2018

 

 

 

 

Sungai Pelek, 3-5 November 2017-JAKSA dan OCSS USIM Sesi 2017/2018 telah dipilih daripada pelajar-pelajar di kolej kediaman dan pelajar luar kampus oleh Pengetua bagi memudahkan, melancarkan pelaksanaan program yang telah dirancang sepanjang tempoh sesi akademik 2017/2018.

Justeru itu, bertempat Kem BTN, Tanjung Rhu, Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan di Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Kursus Pembangunan Kompetensi Kepemimpinan dan Amalan Kerja Berpasukan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) Sekretariat Pelajar Luar kampus (OCSS) USIM yang bertujuan untuk membina semangat kerja berpasukan dan persefahaman antara peminpin pelajar setiap kolej kediaman serta Sekretariat Pelajar Luar kampus (OCSS)

Kursus ini dicadangkan untuk diadakan bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mempunyai persefahaman dan berdedikasi. Matlamat dicapai serta pengalaman soft skill dikongsi dengan saksamanya. Bersesuaian dengan temanya ’Persefahaman dan Berdedikasi’.

Menyasarkan seramai 90 orang peserta.Kursus ini disamping memupuk semangat ukhuwah JAKSA dan OCSS agar mereka pemimpin pelajar bersedia untuk melaksanakan visi dan misi serta aspirasi universiti ia juga membina kemahiran kepemimpinan yang holistik dalam kalangan JAKSA dan OCSS.

Amatlah diharapkan dengan berakhir kursus ini ia dapat melahirkan kumpulan JAKSA dan OCSS yang beretika dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh warga universiti. Memperkukuhkan strategi, perancangan dan pelaksanaan kursus yang akan dilaksanakan sepanjang sesi perlantikan JAKSA dan OCSS.

 

 

 

Pusat Perumahan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6114/6113, Faks: +606-798 6171, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.