Hari Keluarga Pusat Perumahan Pelajar

 

 

 

 

 

 

 
 

 

Port Dickson 11-12 November, Hari Keluarga yang pertama kali anjuran Pusat Perumahan Pelajar telah diadakan di Hotel Glory Beach Resort terletak di pantai Tanjung Gemok, Port Dickson . Seramai 70 orang kakitangan juga disertai dengan ahli keluarga mereka telah memeriahkan hujung minggu yang penuh dengan aktiviti sukaneka dan bermain di pantai yang amat berdekatan dengan tempat hotel peserta.

Walaupun tempoh masa pendek bagi penginapan untuk hari keluarga Pusat Perumahan Pelajar iaitu dua hari satu malam tetapi pelbagai acara sukaneka dengan pelbagai hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur bagi memenuhi waktu di petang pada hari pertama ketibaan di lokasi berkenaan. Kebanyakan acara memerlukan penyertaan ahli keluarga, tenyata semua peserta bersama ahli keluarga mereka cukup “sporting” menyahut cabaran.

Terpancar sehangat mentari serta penuh keriangan dan kepuasan di wajah ahli keluarga kakitangan Pusat Perumahan Pelajar. Pengarah Pusat Perumahan Pelajar,Encik Ahmad Kamal Mustafa sambil tersenyum lebar berkata, “Tercapai sudah matlamat Hari Keluarga ini untuk menyambung silaturahim disamping cuti cuti Malaysia .”

Program seumpama ini amatlah diharapkan diteruskan lagi di masa masa hadapan demikian harapan semua peserta. Misi ini akan bakal digalas kembali oleh penganjur iaitu Pusat Perumahan Pelajar USIM pada tahun 2018-In sha Allah.

 

 

 

Pusat Perumahan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6114/6113, Faks: +606-798 6171, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.