PUSAT PERUMAHAN PELAJAR ANJURKAN KEJOHANAN BOLING ANTARA STAF

 

 

 

 

 

 

 

 

Bandar Baru Nilai,20 Oktober 2017- Kompleks Sukan Airport, Nilai menyaksikan perlawanan persahabatan iaitu Kejohanan Boling Staf Pusat Perumahan Pelajar kali ketujuh berlangsung dengan jayanya. Menampilkan tujuh pasukan yang terdiri pelbagai bidang tugas serta dari lima kolej Kediaman dan kakitangan Pejabat Pusat Perumahan Pelajar berentap dengan penuh sengit bagi memenangi piala pusingan Kejohanan Boling Pusat Perumahan Pelajar.

Acara ini telah dimulakan pada tahun 2010 dan dijadikan acara wajib tahunan di Pusat Perumahan Pelajar ia juga bertujuan mengeratkan hubungan sesama kakitangan yang bernaung di tempat tersebut. Dalam kesibukan waktu dan bebanan kerja menguruskan penginapan pelajar di USIM saban masa , Mohd.Khairi Md Azali selaku urusetia tetap penganjuran kejohanan ini saban tahun sempat mencuri waktu di hujung minggu bagi mengumpulkan tujuh pasukan beserta keluarga mereka untuk turun ke Kompleks Sukan Airport, Nilai disini bagi menjayakan kejohanan boling ini. Mereka bukan sahaja memerah keringat untuk bersaing sesama mereka peserta tetapi juga dapat bertanya khabar dan berkenal-kenalan dengan ahli keluarga peserta yang lain.

Pihak urusetia memastikan semua peserta dibekalkan kemeja T kejohanan serta hadiah cenderamata setiap seorang ,tidak lupa juga makan dan minuman di sepanjang perlawanan berlangsung.

Kejohanan ini telah dijuarai oleh Team Nilam yang terdiri daripada Muhammad Hafeez Khuzair, Mohd.Afdal Betavi Hendri , Siti Norain Abd Malik dan Muhammad Rejab baharom. Tempat Kedua telah dimenangi oleh Team Pusat Perumahan Pelajar dan Team KKP telah memenangi tempat ketiga, syabas diucapkan.

 

 

 

Pusat Perumahan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6114/6113, Faks: +606-798 6171, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.