Malam Jalinan Mesra sempena MAPUM ke 70 di USIM Kampus Nilai

Malam Jalinan Kasih sempena MAPUM ke 70 Bil 1/2018

Bandar Baru Nilai, 21 Februari 2018-Seramai 33 orang ahli MAPUM telah diraikan dengan penuh kemesraan dalam Malam Jalinan Kasih anjuran Pusat Perumahan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (PPP, USIM) di sini. Majlis makan malam tersebut diadakan khas bersempena mengalukan kedatangan ahli MAPUM rentetan bermesyuarat di USIM. Mesyuarat yang bakal berlangsung ini akan dilaksanakan selama dua (2) hari satu (1) malam dan mempunyai slot seperti pembentangan dan percambahan idea yang melibatkan semua ahli MAPUM.

 

Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) telah melantik Universiti Sains Islam Malaysia sebagai sekretariat bagi penjanjuran Mesyuarat MAPUM. Bil 1/2018 iaitu  bagi kali yang ke-70. Mesyuarat ini dijalankan secara bergilir-gilir antara Universiti Awam Malaysia 4 kali setahun..

 

Antara agendanya ialah  menyediakan perancangan dan perkongsian idea yang akan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan perumahan pelajar di semua IPTA pada masa akan datang. Mesyuarat berkenaan diadakan di Dewan Senat, USIM.

 

Timbalan Naib Canselor (HEPA) , YBhg. Professor Dato’ Dr.Hassan Basri bin Awang Mat Dahan berkata pihak USIM amat bertuah menyambut kedatangan,YBrs. Professor Dr. Ismail Ali ,Timbalan Naib Canselor (HEPA) Universiti Malaysia Sabah yang juga merangkap sebagai Pengerusi MAPUM penggal baru. Amatlah diharapkan kejayaan mesyuarat MAPUM Bil 1/2018. yang diadakan di USIM Kampus Barakah mendapat hasil serta bermanafaat seperti yang disepakati demi menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat.

Pusat Perumahan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6114/6113, Faks: +606-798 6171, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.