Pengenalan

  • žPusat Perumahan Pelajar telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 2015.

  • žPusat Perumahan Pelajar mengurus dan menyelaras operasi dan kewangan enam (6) kolej kediaman dengan lima (5) daripadanya terletak di Kampus Nilai dan satu (1) terletak di Kampus Pandan (Pada tahun 2014, Belanja Mengurus yang diluluskan kepada Pusat Tanggungjawab Pusat Perumahan Pelajar adalah sejumlah RM4,900,000.00)

  • žPusat ini turut mengurus dan menyelaras penggunaan Tabung Pengetua yang bersumberkan Yuran Aktiviti Kolej Kediaman sejumlah RM40.00 setiap semester untuk setiap  penghuni.

  • žPusat Perumahan Pelajar turut menyelenggarakan dan mengurus kemudahan asas termasuklah perabot (katil, meja belajar, kerusi, almari pakaian), peralatan (kipas, langsir) serta perkhidmatan lain seperti siaran TV berbayar, capaian internet dan mesin basuh layan diri.

  • žPusat Perumahan pelajar juga menguruskan keperluan penyelenggaraan fizikal dan penginapan luar di kolej-kolej kediaman dengan kerjasama pengurusan kolej kediaman masing-masing.

  • Pusat Perumahan Pelajar turut bertanggungjawab terhadap keperluan aktiviti dan kebajikan pelajar yang tinggal di luar kampus yang diselaraskan oleh Pejabat Pengurusan Pelajar Luar Kampus. 

 

 

 

 

 

Pusat Perumahan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6114/6113, Faks: +606-798 6171, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.