Pengenalan

/Pengenalan
Pengenalan 2019-02-27T21:18:14+00:00
  • Pusat Perumahan Pelajar telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Januari 2015.
  • Pusat Perumahan Pelajar mengurus dan menyelaras operasi dan kewangan enam (6) kolej kediaman dengan lima (5) daripadanya terletak di Kampus Nilai dan satu (1) terletak di Kampus Pandan.
  • Pusat ini turut mengurus dan menyelaras penggunaan Tabung Pengetua yang bersumberkan Yuran Aktiviti Kolej Kediaman.
  • Pusat Perumahan Pelajar turut menyelenggarakan dan mengurus kemudahan asas untuk pelajar termasuklah perabot (katil, meja belajar, kerusi, almari pakaian), peralatan (kipas, langsir) serta perkhidmatan lain seperti siaran TV berbayar, capaian internet dan mesin basuh layan diri.
  • Pusat Perumahan Pelajar turut menyediakan dan menguruskan kemudahan asas untuk rumah dan bilik kemudahan seperti Rumah Pengetua, Rumah Felo, Bilik Rehat Pelajar dan Bilik JAKSA.
  • Pusat Perumahan pelajar juga menguruskan keperluan Rumah Tetamu untuk sewaan luar sebagai Penjanaan Pusat Perumahan Pelajar.
  • Pusat Perumahan Pelajar turut bertanggungjawab terhadap keperluan aktiviti dan kebajikan pelajar yang tinggal di luar kampus yang diselaraskan oleh Pejabat Pengurusan Pelajar Luar Kampus.